Friday, June 26, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Aktiviti: 2in1


Jange mace-mace.....dan jange main-main....tak percaya ke?

Monday, June 15, 2009

Rukyah & Hisab


Tidak berapa lama lagi umat Islam akan menyambut bulan puasa dan hari lebaran. Umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan. Telah menjadi amalan di Malaysia bagi menentukan 1 Syawal dan Ramadhan berdasarkan Rukyah dan hisab. Di setengah negara penentuan tarikh tersebut berdasarkan kepada Rukyah sahaja dan ada negara yang hanya berdasarkan hisab sahaja.
Rukyah (perkataan Arab) bermaksud penglihatan dan hisab bermaksud hitungan atau kiraan. Hilal menjadi tanda penentu kepada tarikh-tarikh tersebut dan awal bulan hijrah yang lain. Hal ini berdasarkan kepada maksud firman Allah di dalam Al Quran
Mereka bertanya kepada engkau dari hal hilal Katakanlah hilal itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) hajið Al Baqarah: 189 Penentuan awal bulan secara tradisinya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara rukyah hilal.Pekara ini juga ada dijelaskan di dalam hadis iaitu apabila umat Islam hendak menentukan awal Ramadhan seperti hadis yang bermaksud; È Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaban tiga puluh harið (Bukhari dan Muslim)
Di dalam taqwim Islam jumlah hari ialah 29 atau 30 hari dan untuk menentukannya dengan melihat hilal. Hal ini dinyatakan di dalam hadis yang bermaksud
" Hanya sesungguhnya bulan (Islam) bilangannya dua puluh sembilan hari, oleh itu janganlah berpuasa sehingga kamu melihat hilal dan jangan kamu berbuka sehingga kamu melihatnya sekiranya dilindungi ke atas kamu (oleh awan dsb) maka hitunglah atau kirakanlah dia" (Bukhari dan Imam Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas untuk menentukan awal bulan dengan melihat hilal pada hari ke29. Jika hilal kelihatan bermulalah 1 haribulan pada maghrib tersebut dan jika tidak kelihatan esok digenapkan menjadi 30 haribulan. Sebagai contoh sekiranya hilal kelihatan pada petang Isnin 29 Ramadhan (25 Disember 2000) maka maghrib itu sudah dikira masuk 1 syawal dan bertakbirlah umat Islam pada malam itu menyambut kedatangan Syawal. Sebaliknya jika hilal tidak kelihatan maka hari selasa digenapkan menjadi 30 Ramadhan dan 1 Syawal jatuh pada Rabu 27 Disember 2000.
Bila waktu rukyah dilakukan? Rukyah dilakukan pada petang hari ke29 bulan hijrah selepas matahari ghurub (terbenam). Ini kerana bermulanya hari dalam taqwim Islam selepas matahari ghurub iaitu masuknya waktu maghrib.
Apakah hilal? Hilal ialah fasa bulan yang boleh dilihat selepas ijtimak. Ia merupakan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang menerima cahaya matahari dan kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit.
Bulan beredar mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari. Semasa bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, ia akan sampai kepada satu kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis (meridian) dan kedudukan ini dinamakan Ijtimak.
Akibat dari edaran bulan mengelilingi bumi bahagian muka bulan yang menerima cahaya dari matahari kelihatan berubah dari hari ke hari dari bentuk sabit halus bertambah menjadi lebih besar hingga menjadi purnama dan mengecil semula dan menjadi seperti sabit halus. Perubahan bentuk bulan ini dinamakan fasa. Semasa bulan mengelilingi bumi ia mengalami fasa-fasa yang tertentu bermula dari fasa hilal.
Dalam rajah 1 di atas menunjukkan fasa-fasa bulan. Kedudukan 1 merupakan kedudukan awal bulan dan fasa ini dinamakan fasa bulan baru (new moon) atau Ijtimak. Kedudukan ini dikira sebagai titik mula pergerakan bulan beredar mengelilingi bumi. Dari kedudukan 1 bulan bergerak ke kedudukan 2(fasa suku awal), ke 3(fasa purnama) , ke 4 (fasa suku akhir) dan akhirnya kembali semula pada kedudukan 1. Pada setiap kedudukan bulan bulan mempunyai fasa yang berlainan. Pada ketika Ijtimak, bulan betul-betul berada di antara bumi dan matahari. Ketika ini bulan tidak dapat dilihat oleh penduduk di bumi kerana bahagian gelap bulan menghadap bumi. Apabila bulan beredar sedikit ke kedudukan 1a, sebahagian kecil permukaan bulan yang menerima cahaya matahari akan dapat dilihat bentuknya seperti lengkuk cahaya yang sangat halus. Inilah yang dinamakan hilal.
Bagaimana dan di mana hendak melihat hilal? Hilal boleh dilihat dengan mata kasar tetapi dalam keadaan yang tertentu memerlukan alat seperti binokular atau teleskop. Melihat hilal mestilah di ufuk barat kerana ia dilihat ketika matahari terbenam. Keadaan ufuk samada ufuk laut atau darat mestilah tiada apa-apa halangan yang boleh menghalang kenampakan hilal seperti pulau, pokok, bukit dan sebagainya. Ini kerana altitud (ketinggian) hilal ketika matahari ghurub kurang dari 12 darjah. Kenampakan hilal bergantung kepada banyak faktor diantaranya keadaan ufuk dan cuaca seperti wap air, debu, awan dan hujan. Kedudukan hilal samada di atas sebelah kanan atau kiri matahari. Jika hilal berada di sebelah bawah matahari maka ia tidak akan dapat dilihat kerana ia akan terbenam lebih awal dari matahari.

Friday, June 12, 2009

Fenomena El Nino

Memang telah diketahui umum bahawa Asia Tenggara dan Malaysia amnya telah dilanda fenomena El Nino. El Nino adalah fenomena lautan dimana setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.

Thursday, June 11, 2009

Makluman

Diharap kesemua ahli dapat mengirim gambar keluarga masing2 melalui email mira5045@yahoo.com.my ataupun mms ke 0123990607. Gambar2 tersebut akan dimuatkan dalam blog ini, Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi pihak webmaster.Kerjasama dari kesemua ahli diucapkan ribuan terima kasih.

Wednesday, June 10, 2009

Tester Antenna



Menggunakan Antenna Original Sony Ericsson-Abe mat



Panjangnya Antenna Abe Man Langat


Tukang Urut Moden...............








Nokia 6021



Kapal Perang kepunyaan Abe Lai N9



Nokia model 6021 yang telah diubahsuai oleh ahli untuk kegunaan PTT.

Friday, June 5, 2009

Majlis Bersama Pengerusi


Pengerusi sedang makan tengahari bersama ahli2 kelab di pantai sri tujuh,tumpat

Thursday, June 4, 2009

Renungan

Telah bersabda Rasulullah s.a.w " Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapai kematian itu. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat".
Hadis Riwayat Ibnu majah & Ibnu Abiddunya.

Tuesday, June 2, 2009

Pengumuman

Kesemua ahli Kucarr Grups mengucapkan tahniah kepada Abe Bob kerana telah selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 1/6/2009 jam 11.40 malam.

Monday, June 1, 2009

Abe Li di Kuala Lumpur


Pengerusi Kucarr Grups bersama Abe Li dan
rakan2 lain makan pagi di Keramat AU2.Setiausaha
tiada dalam gambar kerana merangkap
jurukamera.