Monday, December 28, 2009

Tahniah


Permata Hati Abe Aje



Warga Kucarr Grups mengucapkan tahniah kepada Abe Aje yang telah selamat menerima cahaya mata pada hari ini.

Saturday, December 26, 2009

Majlis Silaturahim KucarrGrups


Ibarat Ayoh dgn Anok........hati pun sene

Abe Misai,Pak Dor, Abe Yie, Hj. Merah, Pak Tua




Pok Tua ngan Tok Misai ibarat tiang seri rumah kucarr grups.
Lain2 gambar http://picasaweb.google.com/mankosen/aktivitikb1#

Friday, December 25, 2009

Selamat Datang Rakan Baru


(Abe Sidi @ Jin Tanah), Mie Insuran


Abe Jue


M.Jani


Pok Tua



Abe Aje


Kami anak beranak Kucarr Grups mengucapkan selamat datang kepada rakan baru .Selamat berroger2 dalam channel Kucarr Grups

Thursday, December 10, 2009

ARABICA


Dari Kiri...hj kupit,Pak sudin Jaga,Pak Aji,Tok Misai, Man kosen, pok Leey ekon.



Wednesday, December 9, 2009

Selamat Datang Rakan Baru






Warga Kelab PTT KucarrGrups mengucapkan selamat datang kepada Pok Cik Mat.....Selamat beroger-roger dengan berhemah.

Thursday, December 3, 2009

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang kepada 2 rakan baru.....marilah sama-sama kita bertukar2 pendapat dan pandangan.Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama kucarrGrups bolehlah meninggalkan no hp di ruangan chat yang tersedia.Insyallah......pihak kami akan menjemput anda.

Sunday, November 15, 2009

TAKZIAH

ALFATIHAH......Buat Tok kepada Abg Ngoh diatas kembalinya ke RAHMATULLAH pada sabtu jam 2petang.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang beriman.AMIN

Sunday, November 1, 2009

Bakat Terpendam



Tidak disangka Pak Mudo mempunyai bakat terpendam......Bermain Gendang Dikir Barat...
Memang tepatlah diberi jolokan " PA AIRMATA".

Tuesday, October 27, 2009

Tahniah.....

Alhamdulillah, Anok beranok Kucarr Grups mengucapkan Tahniah kepada Abe Ney kerana telah selamat menerima orang baru ( Cahaya mata).Bertambahlah ahli keluarga Kucarr Grups......Marilah sama-sama kita meramaikan makhluk Allah dan Umat Muhamad.....Stedi Puok Kito!!!!!!!!!

Kerja Sampingan Pak Muda


Gi Ngail bawa tangsi
Bekal aye masak kurma
Belah male bawok teksi
Alik sie tukang rumah

Peliharaan Pak Muda




Hobi baru memelihara 'IKAN SAWA'






Monday, October 19, 2009

Rakan Baru


Salam perkenalan untuk 2 rakan baru Kucarr Grups....iaitu JlanEkon dan Yeetra.Selamat datang dan selamat berroger-roger.
Musuh jangan dicari,
Kawan biar sejuta enam....

Monday, October 12, 2009

Buah Katak Puru



Kenalkah anda dengan buah katak puru?dan kemungkinan besar generasi baru seperti anak-anak kita tidak mengenalinya,mungkin ramai yang tak penah tengok apatah lagi merasai buah ni. Buah katak puru atau nama sebetulnya buah nam nam merupakan sejenis buah dari pokok herba. Sejenis pokok kecil nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di malaysia.Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan. Rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Serba sedikit mengenai pokok katak puru.

Nama Tempatan:Nam Nam
Nama Saintifik:Cynometra Cauliflora
Nama Lain:Pokok katak puru,amphawa, nang-ai, hima,namu-namu, kopi anjing
Famili:Ceasalpinioideae/Leguminosae
Lokasi dijumpai:Belakang rumah mak,besut
Asal:Tumbuhan tempatan

Thursday, October 8, 2009

Penyembur Aedes SeMalaya


Alosss la nik din,bakpo pulok jadi gini?

Tuesday, October 6, 2009

Berhari Raya Kat Rumah Ayoh Li


Hero: Tok Ayoh,woh gapo tu.....
Abe Li : Laaa....ni buah epal klate.



Abe li: Takdok gapo ambo nok bui,ni jah hok ado rumoh ambo.Ambikla so supit sore.

Hero : Tok Ayoh,mano komisennyo?
Abe Li : Aloh laaa......anok butir man kusen ni.





Monday, October 5, 2009

Colouring Taxi


Selepas di baik pulih oleh pak mudo



Kemalangan Di Malam Raya

Kesedihan Di Aidil Fitri


Abe Ngoh : Dok Wat gapo la anok beranok kucarrGrups kat pantai tu?

Sedihnyo raso ambo rayo sore diri
Hajat nok kelik tapi ado kijo lain
Nok aku cubo ejah biar buleh pergi
Biar tak lamo asal buleh jupo saing

Susoh nyo nok mikir kalu kito tak leh kelik
Tak tau nok wat gapo mugo maso tu ado
Takdir tuhan bui apo lagi nak dikato
Tayar muto lah jadi pengubat duka.

Sunday, September 27, 2009

Majlis Perjumpaan Tahunan & Aidil Fitri


Tekong Takraw Pantai



Alhamdulillah, Majlis perjumpaan tahunan dan aidil fitri Kelab PTT Kucarr Grups telah dapat diadakan dengan jayanya pada 23.09.2009 di Permai Chalet, Bachok. AJK mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh kesemua ahli kelab.


Tuesday, August 11, 2009

Trio Santan Berlada


'Jejaka' Idaman Malaya.....



Pak Mudo : Sedak jugok pecet ni......mesin ambo buleh guno ko?
Abe Kamal : Tok leh pak mudo weiiii......ni utk 6070,6151 jah.
Tok Dalik : Patut pun ambo payoh nok masuk....tak cekat tenyeh pecah jari2,power2 mesin.



Pak Mudo : Abe kamal wat mano handsfree ni......kemah jugok ado mecet sini selalu.
Abe Kamal : Aloh la pak muda gak.......belana2 ore dok buat
Tok Dalik : Bunyi setaro mano tu?


Pak Mudo : Payoh nok buleh arial serupo ambo ni......
Tok Dalik : Hok ambo ni mapuh keras dohhhh.....abih bateri



Tok Dalik : Dok eh....pok mudo dok klebek gapo tu?
Pak Mudo : Alohhh la...ni dok tengah ngejah mecet auto, ambo boh gam habih dio melekat tak leh nok tolok.

Wednesday, August 5, 2009

Kemeja Kelab


Adosss........oren tu, Stedi puok kito.

Tuesday, July 21, 2009

Kreativiti Pak Mudo


Aloh la.....Pak Muda ni mace2 la, kreativiti beliau memang tiada tandingannya. Kalau sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi beliau.

Monday, July 20, 2009

Makluman

Untuk makluman semua ahli kucarr Grups, saudara Nuar Cat menarik diri daripada menjadi ahli Kucarr Grups atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Ahli2 Kucarr Grups mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah beliau berikan semasa bersama Kelab.

Thursday, July 16, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah







Tanggal 16hb Julai 2009 kali pertama Tok Misai menjejakkan kaki di tanah Cameron Highland. Setelah sekian lama maka tercapai juga hajat beliau untuk ke sini.

Monday, July 13, 2009

Post Mortem




"Beginilah nasib diriku yang malang.....oh Tuhan


Tak boleh bersenang lenang.......


Berehat sekejap kereta dah meragam.....


Asap putih keluar ikut depannnnn....."




Sunday, July 12, 2009

Makluman


Tahniah diucapkan kepada NickDens(RjLaut) dan isteri kerana telah selamat menerima cahayamata pada Sabtu(11.07.2009).....bertambahlah ahli keluarga Kucarr Grups.

Tuesday, July 7, 2009

Bare Pak Mudo



Beginilah keadaan kapal perang pak muda yang mempunyai tiga sesungut........Tahniah kepada Pak Muda diatas kreativiti beliau...Anak Melayu pertama di dunia....Bravooooooo....